Misi dan Visi

MISI


Membentuk insan yang beriman, berilmu dan bertaqwa


VISI


Menjadikan surau sekolah yang terbiang di peringkat Negeri pada tahun 2009

Objektif Surau Al-Hidayah

Mewujudkan warga sekolah yang menjadikan surau sebagai tempat untuk melaksanakan tuntutan agama dan Sunnah Rasulullah s.a.w

Membentuk warga sekolah yang sentiasa mengimarahkan rumah Allah sebagai tempat melaksanakan aktiviti kurikulum dan kokurikulum berbentuk keagamaan.

Menghidupkan surau dn pelbagai aktiviti yang menarik dan berkesan

Menjadikan surau sebagai tempat membimbing para pelajar dengan nilai – nilai agama dan tatasusila Islam.

Mewujudkan surau mithali yang menekankan kepada budaya ilmu dan pembinaan insan.

Jawatankuasa Surau Sekolah 2009



Pengerusi : En. Omar Bin Ahmad (Pengetua)

Timb. Pengerusi 1 : En. Abd Aziz Bin Abd Rahman

Timb. Pengerusi 2 : Tn. Hj kasim Bin Abd Samad

N. Pengerusi 1 : Tn. Syed Naseer Bin Syed Mohideen

N. Pengerusi 2 : Pn. Fatimah Bt. Silong

Penyelaras : En. Noor Haslin B. Moksan

Setiausaha : Pn. Sepiah Bt. Yunus

Bendahari : En. Rizal B. Kemis

AJK : Pn. Nor Ainun Bt. Ibrahim

Pn. Asmah Bt. Awang

Pn. Nor azila Bt. kemis

Cik. Fatimah bt Alias

Cik. Nor Iszana Bt. Rosran

Majlis Berbuka Puasa

MAJLIS BERBUKA PUASA

Majlis berbuka puasa telah diadakan pada 10 September 2009 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Jelai Felda, Gemas. Berikut ialah aturcara program:

4.30 – 6.50 Petang

Majlis Khatam Al-Quran yang telah dijalankan dipimpin oleh Ustaz. Rizal Bin Kemis bersama dengan beberapa orang guru. Pelajar yang terlibat dengan majlis ini terdiri daripada pelajar yang mengikuti program Tadarus Al-Quran iaitu pelajar 1 dan 2 UIAM serta pelajar Badan Kerohanian (BADAR).


6.50 – 7.10 Malam

Kehadiran guru, kakitangan sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta jemputan VIP iaitu Ustaz Sa’id Bin Abd. Latif Al-Kurawiyah bersama dua orang pelajar daripada Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN).


7.12 – 7.30 Malam

Semua guru, pihak PIBG, kakitangan, pelajar dan tetamu jemputan menunaikan solat maghrib secara berjemaah yang diimamkan Ustaz Sa’id Bin Abd. Latif Al-Kurawiyah daripada Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN).


7.30 – 8.00 Malam

Semua guru, pihak PIBG, kakitangan, pelajar dan tetamu jemputan menikmati jamuan berbuka puasa yang telah disediakan oleh Ahli Jawatan Kuasa yang terlibat di kantin sekolah.

8.00 – 8.30 Malam

Selepas majlis berbuka puasa, Ustaz. Sa’id Bin Abd. Latif Al-Kurawiyah memperdengarkan bacaan Al-Quran kepada para hadirin. Diharapkan para hadirin dapat menghayati dan mengamalkannya di dalam kehidupan seharian supaya menjadi insan yang bertaqwa dan beriman.

8.30 – 10.00 Malam

Semua guru, pihak PIBG, kakitangan, pelajar dan tetamu jemputan menunaikan solat Isyak dan solat sunat terawih secara berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Sa’id Bin Abd. Latif Al-Kurawiyah.


3.15 – 5.00 Pagi

Program ini diteruskan dengan Qiamulail yang dipimpin oleh Ustaz. Rizal Bin Kemis dan beberapa orang pelajar BADAR dengan melakukan beberapa solat sunat seperti solat sunat taubat, solat sunat tasbih dan lain –lain lagi. Qiamulail ini dihadiri oleh para pelajar, guru dan ibu bapa dengan harapan supaya segala amalan yang dilakukan dapat menambahkan iman dan diterima olehNya.

5.00 – 7.00 Pagi

Para guru , pelajar dan ibu bapa bersahur di kantin sekolah.

5.20 – 6.30 Pagi

Semua guru, pelajar dan ibu bapa menunaikan solat Subuh berjemaah yang diimamkan oleh En. Rosran , salah seorang wakil ibu bapa yang mengikuti program tersebut. Selepas solat Subuh, beliau menyampaikan tazkirah yang bertajuk ” Kematian yang Menghampiri”. Antara intipati tazkirahnya, beliau mengingatkan para hadirin bahawa setiap makhluk yang bernyawa di bumi ini akan menemui kematian dan hendaklah kita membuat persediaan ke arah tersebut.

Aktiviti Bulan Ramadan

TAZKIRAH RAMADHAN

Tazkirah Ramadhan telah dijalankan sepanjang Bulan Ramadhan iaitu pada waktu perhimpunan pagi Isnin dan Jumaat, serta waktu Ko-kurikulum. Penceramah yang dilantik untuk menyampaikan tazkirah ialah Ustazah Asmah Binti Awang, Ustazah Norazilah Binti Abd. Kadir dan Ustazah Nor Iszana Binti Rosran. Pengisian tazkirah yang telah disampaikan oleh penceramah – penceramah adalah mengenai keistimewaan Bulan Ramadhan yang banyak memberi ganjaran kepada umat Islam dan amalan - amalan yang boleh memberi pahala berlipat kali ganda kepada sesiapa yang mengamalkannya. Selain itu, penceramah juga banyak memberi inspirasi kepada para pelajar supaya menjadi seorang yang berakhlak mulia dan lebih berdisiplin dalam melakukan amal ibadat.


TADARUS AL-QURAN

Tadarus Al-Quran dikendalikan oleh Ustazah Nor Iszana dan Ustaz Rizal Bin Kemis yang dijalankan sepanjang Bulan Ramadhan pada waktu Kelas Kemahiran Al-Quran (KKQ), waktu amali Pendidikan Islam, waktu rehat dan selepas solat terawih. Sebahagian pelajar yang terlibat dalam Tadarus Al-Quran ialah pelajar tingkatan 1 UIAM dan 2 UIAM serta pelajar Badan Kerohanian (BADAR) lelaki dan perempuan. Mereka telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan membaca juzuk yang telah ditetapkan. Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk melahirkan generasi yang celik Al-Quran dan menjadi Al-Quran sebagai petunjuk dan panduan hidup di dunia dan di akhirat.

KHATAM AL-QURAN

Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan pada 10 September 2009 bermula pada pukul 4.30 petang hingga 6.50 petang yang dihadiri oleh Pengetua SMK Jelai Felda, En. Omar Bin Ahmad, guru – guru dan pelajar yang terlibat iaitu 1 dan 2 UIAM serta pelajar Badan Kerohanian (BADAR) lelaki dan perempuan. Majlis ini bertujuan untuk mendekatkan diri para kepada Allah disamping dapat menambahkan pahala dan menjauhi daripada melakukan perkara – perkara yang negatif.

SOLAT ZOHOR BERJEMAAH

Solat Zohor Berjemaah telah dikendalikan oleh Cik. Fatimah Binti Alias yang dijalankan sepanjang Bulan Ramadhan pada hari persekolahan mengikut hari dan tingkatan seperti berikut:

HARI

TINGKATAN

ISNIN

TINGKATAN 1

SELASA

TINGKATAN 2

RABU

TINGKATAN 3

KHAMIS

TINGKATAN 4

TABUNG GALAKAN BERSEDEKAH

Sebanyak tiga kali kutipan tabung galakan bersedekah dijalankan pada setiap hari Jumaat sepanjang Bulan Ramadhan yang dikendalikan oleh Ustazah Norainun Binti Ibrahim. Hasil kutipan derma daripada pelajar dan guru - guru disumbangkan kepada Anak – Anak Yatim Sekolah Menengah Kebangsaan Jelai Felda, Gemas. Tabung galakan bersedekah ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang memerlukan menjalani kehidupan ke arah yang lebih baik.

SOLAT SUNAT TERAWIH

Solat sunat terawih dipimpin oleh Ustaz Rizal Bin Kemis dan kerjasama Badan Kerohanian (BADAR) yang dijalankan pada hari Isnin hingga Khamis, setiap minggu di sepanjang Bulan Ramadhan. Solat Sunat ini diadakan di surau sekolah dengan tujuan untuk menarik minat para pelajar mengimarahkan Bulan Ramadhan dan menambahkan amalan yang akan diberikan ganjaran berlipat kali ganda di hari kemudian.

BULETIN RAMADHAN

Buletin Ramadhan dikendalikan oleh Ustazah Fatimah Binti Silong dengan mengeluarkan sebanyak tiga kali terbitan setiap minggu, di sepanjang Bulan Ramadhan dengan kerjasama beberapa orang guru. Buletin ini dikeluarkan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai Bulan Ramadhan seperti Keistimewaan Bulan Ramadhan, amalan – amalan utama di Bulan Ramadhan, cara berpuasa dan sebagainya. Adalah diharapkan juga, para pelajar dapat mengambil pengajaran dan manfaat daripada buletin - buletin yang dikeluarkan.